Wednesday, 9 July 2014

Peringkat-Peringkat Pertandingan Kuiz PNB bagi Badan beruniform





Kalau anda nak tahu, kuiz PNB untuk badan beruniform ada banyak peringkat. 

Pertama sekali, saringan akan dibuat bermula untuk dalam badan yang sama. 

Peringkat pertama-kelayakan
  • Soalan berbentuk objektif akan diagihkan.
  • Setiap pasukan diwakili oleh dua orang peserta. 
  • 50 soalan dalam bentuk pemahaman dalam tempoh 1 jam.
Pasukan yang mendapat markah terbaik akan mewakili negeri untuk bertanding ke Peringkat Zon iaitu suku akhir.

Bagi peringkat suku akhir

 Terbahagi kepada 6 zon.
  1. Zon Tengah
  2. Zon Selatan
  3. Zon Barat
  4. Zon Timur
  5. Zon Sabah
  6. Zon Sarawak

Peringkat ini dijalankan secara Gameshow menggunakan sebuah roda berwarna serta set papan-portfolio digital/multimedia. 
  • Peringkat ini diadakan bagi memilih sebuah pasukan dari 3 buah pasukan dari badan yang sama yang menang di Peringkat Kelayakan untuk ke Peringkat Separuh-Akhir;
  • Setiap perlawanan mengandungi 3 pasukan dari badan yang sama;
  • 30 soalan dengan jawapan pilihan [A, B, C & D] berbentuk pemahaman & pengiraan disediakan bagi setiap .      Purata masa perlawanan ialah 40 minit;
  • Pertandingan diistiharkan tamat apabila semua 30 soalan dijawab. Sebuah gundu yang keterhadapan sekali di antara 3 pasukan berkenaan adalah dianggap pemenang;
  • Jika terdapat satu atau lebih gundu pasukan berada di petak yang sama di papan portfolio maka pemutus-seri (tie-breaker) akan dijalankan bagi memisahkan kedudukan gundu-gundu tersebut.

Separuh Akhir

Pertandingan ini juga dijalankan secara Gameshow .
  • Peringkat ini diadakan bagi memilih sebuah pasukan dari badan yang sama untuk ke Peringkat Akhir;
  • Satu perlawanan mengandungi 6 pasukan (i.e sebuah pasukan dari setiap zon) dari badan yang sama;
  • 60 soalan dengan jawapan pilihan disediakan dalam bentuk pemahaman dan pengiraan. Purata masa perlawanan ialah 1jam 15 minit;
  • Pertandingan diistiharkan tamat apabila semua 60 soalan dijawab. Sebuah gundu yang keterhadapan sekali dianggap pemenang;
  • Pemutus - seri; sama seperti di Peringkat Suku-Akhir (v) di atas.
  • Pertandingan diistiharkan tamat apabila semua 60 soalan dijawab.  Sebuah gundu yang keterhadapan sekali dianggap pemenang;
  • Pemutus - seri; sama seperti di Peringkat Suku-Akhir (v) di atas.

 Akhir

Pertandingan ini dijalankan secara Gameshow .
  • Peringkat ini adalah pertandingan antara badan-badan yang menang di Peringkat Separuh-Akhir bagi menentukan Juara, Naib Juara dan Ketiga berdasarkan kedudukan gundu-gundu di atas papan-portfolio;
  • Perlawanan ini mengandungi 12 pasukan/badan;

  • 90 soalan dengan jawapan pilihan disediakan dalam bentuk pemahaman dan pengiraan. Purata masa  perlawanan ialah 2 jam 15 minit. Segmen pertama & kedua dijalankan sebelah pagi manakala segmen terakhir (satu pusingan) di sebelah petang iaitu dalam majlis penyampaian hadiah;
  • Pertandingan diistiharkan tamat apabila semua 90 soalan dijawab. Tiga  (3) gundu yang keterhadapan sekali di antara pasukan-pasukan berkenaan adalah dianggap pemenang;
  • Pemutus - seri; sama seperti di Peringkat Suku-Akhir (v) di atas.

Panjangnye Sha berceloteh... hikhik..

Rujukan Kuiz PNB

Sha percaya, ramai yang masih tak tahu tentang Pertandingan Kuiz PNB kan?

Sha nak kongsi, bahan-bahan rujukan untuk kuiz ni..

Kebanyakan soalan kuiz untuk peringkat pertama adalah berdasarkan Sejarah penubuhan PNB. Anda boleh rujuk dalam laman web kat sini yer..

Selain tu, soalan juga banyak menyasarkan mengenai pelaburan saham dan Prospektus Induk ASNB. Anda boleh rujuk dalam laman web Amanah Saham Nasional Berhad. Anda jangan keliru tau, Amanah Saham Nasional Berhad ada banyak produk di dalamnya.. kalau nak tau, Tekan sini

Selain tu, anda mesti tahu nama-nama dan peranan syarikat yang bernanung di bawah Permodalan Nasional Berhad... Antaranya Sime Darby Berhad I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad  , Malayan Banking Berhad, MNRB Holdings, dan banyak lagi.. kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tekan kat sini.

Pertandingan ni juga banyak menggunakan istilah-istilah ekonomi contohnya, "prospektus". Jadi, kalau yang belajar ekonomi mungkin lebih memahami istilah-istilah ni. Bahan rujukan kena cari dalam buku teks atau buku rujukan ekonomi. Kalau nak lebih mudah, GoOgle je la kan.. hikhik..



Dalam Kuiz ni juga, banyak berunsurkan perbankan Islam. Istilah-Istilah ekonomi yang berbahasa arab pun banyak digunakan.

Pertandingan Kuiz PNB

Anda semua tahu tak siapa yang boleh masuk pertandingan ni?

Tak Tau Yer?Biar Sha kongsi dengan anda semua..


  1. Badan Beruniform
  2. Universiti
  3. Sekolah Menengah
  4. Institusi Pendidikan Guru

Pertandingan ni diperkenalkan kepada Badan Beruniform bermula pada tahun 2003. Antara yang terlibat ialah
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Penjara Malaysia
  • Kastam DiRaja Malaysia
  • Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Bahagian Kejururawatan
  • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  

Peringkat Universiti pula diperkenalkan pada tahun 2001 melibatkan Universiti Awam dan beberapa buah Universiti Swasta. Pertandingan dibuka kepada Pelajar-pelajar universiti peringkat Ijazah Pertama yang mengambil jurusan Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Pelaburan dan  Kewangan.


Peringkat sekolah menengah diperkenalkan pada tahun 2001.

  • Pertandingan ini dibuka kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.

  • Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.

  • Setiap pasukan mestilah diiringi oleh seorang guru pengiring.

  • Peserta pasukan digalakkan diwakili oleh pelbagai kaum. 


Peringkat Institut Pendidikan Guru pula diperkenalkan pada tahun 2008. 

  • Ujian bertulis di seluruh IPG.
  • Jawab 50 soalan dengan pilihan jawapan (A, B, C atau D) dalam tempoh 45 minit.
  • Jawab secara individu.
  • 4 peserta yang mendapat markah tertinggi akan wakili IPG masing-masing untuk ke Peringkat Separuh Akhir.

Apa Itu Pertandingan Kuiz PNB?

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni, Sha telah menyertai Pertandingan Kuiz PNB. So, hari ni Sha nak kongsi mengenai Pertandingan kuiz PNB

Kuiz PNB tu ape yer?? Nak tau yer..

Kuiz PNB tu sebenarnya satu rancangan berbentuk kuiz yang berkaitan dengan pelaburan dan dianjurkan oleh Permodalan Nasional berhad.

Pertandingan ni dianjurkan dengan objektif
  • Memberi pendedahan & pendidikan mengenai perkaitan antara risiko & pulangan dari pelaburan dengan berteraskan pelaburan jangka panjang untuk strategi jangka panjang
  • Menguji pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia pelaburan, ekonomi dan kewangan di samping menekankan manfaat menyimpan & melabur dan kepentingannya dalam perancangan kewangan peribadi & keluarga.
  • Memberi pendedahan mengenai bidang pelaburan, unit amanah serta latar belakang dan produk-produk PNB.
  • Memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bidang perancangan kewangan.
  • Mendidik para pelajar secara langsung mengenai konsep risiko dan pulangan.
  • Menguji pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan.
  • Mewujudkan generasi celik pelaburan dengan menanam minat terhadap dunia pelaburan dan perancangan kewangan.

 

Ok. tu je yang Sha boleh kongsi buat masa ni.